Assalamualaikum... Salam sayang semuanya... :)
Haa... tetiba plak entri nikah.. jeng jeng jeng... dah sampai kah seru nikah untuk aku??
of course NOT! =.=
Entri kali ni aku nak tujukan untuk kawan2 sekolah yang bakal menamatkan zaman bujang dalam dua tiga bulan lagi..
Alhamdulillah masing-masing dah berjumpa dengan Imam yang dicari selama ni.. Tak kurang jugak yang bakal bernikah dengan budak campus aku... kehkehkeh... pandai betul simpan rahsia eh?? hehe..
Ramai yang bertanya, bila pulak giliran aku,am dan fith?? kahkahkah.. tu je yang mampu kami bertiga buat.. gelak dan terus gelak.. nak sedapkan hati je tu.. jaja x masuk dalam list lagi walaupun dia x nikah lagi sebab dia pun sudah berpunya :)
So sekarang ni tengah memeningkan kepala yang tidak sememangnya pening untuk pilih hadiah untuk kitorang punya besties iaitu cik wawa.. dia request peti ais ngn tv.. permintaan diluar kemampuan tu.. hahahah.. sabor jelah dgn cik wawa kami sorang nih... dah nak kawen pun perangai tetap same tapi ada la jugak nampak matang tu sikit2... heheheh.. x decide lagi nak bagi hadiah apa sebab masih sempat lagi nk fikir lama2 sambil survey2 hadiah kt beberapa tempat..
Aku pun ada dapat berita kawan di Kuala Lumpur bakal ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya.. oh yeah! dua2 sama padan, sama segak, sama2 Korea.. ehehe.. tapi xtahu la berapa lama diaorg nak ikat tunang tu sebab bakal pak incik dia nak sambung study lagi.. hope diaorg kekalkan kasih sayang tu hingga selesai semuanya.. Aminn~
Semalam temankan cik wawa tempah baju nikah dia.. macam2 tukang jahit tanya, nak kain kembanag payung ke, duyung ke, senyum ke, susun belakang ke? aku yang dengar ni pun pening nak pikir.. kalau boleh nak simple je sebab nak pakai gi masjid je pun kan? nanti time bersanding tukar baju lagi.. So cik wawa decide nak buat kain sama baju bersanding dia iaitu kain susun belakang.. baju buat kurung moden. simple dan sopan..
Setakat hari ni, kadang2 tu bila ada ladies talk sesama kami, aku teringat la jugak kan kat ex pak incik aku.. kahkahkah.. teringat jelah yang mampu.. doakan yang terbaik untuk kami berdua dengan jalan yang telah kami pilih.. Masing-maisng sedang perbetulkan diri atas kesilapan yang lalu. insyaAllah kedepan ni kita tak tahu dengan siapa kita bakal disatukan.. betul tak? Buat masa sekarang ni aku tak mencari sebab aku tumpu pada study.. Tunjuk contoh yang baik untuk adik2 aku yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.. tinggal la aku kat Malaysia nih... huhuhuh... takpe2..kakak korang ni akan kumpul duit nak ke sana.. heheh..
Rasa diri ni makin matang dengan segala pengalaman hidup yang telah dilalui. Setiap keputusan pun dah pikir masak2 agar semua pihak puas hati. tak nak la ada yang tersinggung kemudian masam muka.. cakap pasal masam muka, kwn aku yang dulu sensitif gila2, dah berbaik semula dgn aku. sebabkan aku tahu dia jenis yang sensitif, so aku mengalah..aku minta maaf walaupun aku tahu konflik dulu tu macam mane. Biarlah yang lepas tu.. janji sekarang ni kami semua dah bersatu semula dan boleh reunion macam dulu2 lagi.. Terima kasih Ya Allah..
Ni dah rasa macam melalut dah ni.. Penangan keseorangan di rumah.. hahaha..
p/s : teringat kata-kata guru biology (masa gi edar kad kawen dgn cik wawa kt sekolah) ,"jodoh itu ada cuma kamu belum jumpa je lagi dgn dia..insyaAllah nanti Imam kamu pun mesti datang.. masa je belum sampai lagi.."-