Monday, September 17, 2012

Sesungguhnya aku rindu...

Ya Allah...
Kuatkanlah hatiku...
Rindunya aku kepada kekasih-Mu...
Berlinangan air mata ini...
Andai dirinya hadir, inginku mohon membawaku pergi jauh dari sini :'(

*sambil teringat kembali dosa2 lalu*

Ya Allah...
Ampunkanlah kami yang banyak berdosa ini....
Kerdil diri hamba ini Ya Allah...
Menadah tangan memohon kepadaMU..
Maafkanku...
Aku malu...
Egonya diriku untuk kembali padaMu..
Tersungkur...
Baruku sedar..betapa cintanya Kau kepadaku...
Saatku bersedih, berseorangan, ditinggalkan, Kau peneman setia setiap masa...menunggu tanpa jemu..
Mendengar setiap tangisan di malam hari..
Dapatku rasakan kehadiranMu dihatiku... Aman... Tenteram...
Lena di dalam redhaMu..

Astaghfirullahalazim...
Allahu akhbar..
Kuatkan imanku...
Berilah aku kekuatan menempuhi dugaan dan cabaran sebagai khalifah dibumi ini...
Terimalah taubatku Ya Allah....

Lembutkanlah hati orang yang ku sayang...
Sinarilah nur diwajahnya...
Bukakan lah pintu hatinya untukMu..
Jernihkanlah wajahnya sejernih embun pagi...
Rapatkanlah kembali ukhwah 'mereka' Ya Allah..
Kebahagiaan 'mereka', kebahagiaanku jua...
Murahkanlah rezeki 'mereka' Ya Allah sebagaimana Engkau limpahkan nikmatMu ke atas keluargaku...

Terima kasih Ya Allah..
Kerana mengajar aku apa itu pengorbanan...
Kerana mengajar aku apa itu keSETIAan...
Kerana mengajar aku apa itu kesengsaraan...
Kerana mengajar aku apa itu keSABARan...
Kerana mengajar aku apa itu keMAAFan...

Terima kasih kerana memberi aku peluang mengenal C.I.N.T.A...
Terima kasih kerana tidak mendidik hati aku untuk memBENCI dan DENDAM...

Syukur... :)

Ya Allah..
Peliharalah hatiku...
Peliharalah hatiku agar tidak berpaling dariMu..
Peliharalah hatiku agar tidak berpaling dari terus menyintai dirinya sebagaimana cintanya aku kepadaMu..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Walau di mana dia berada, bersama siapa, Engkau lindungilah dia Ya Allah..
Ya Allah...Hanya Engkau Maha Mengetahui segala yang ingin ku luahkan...

Amin...

p/s : kehilangan banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan..tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan..kadang kala kita perlu belajar untuk melepaskan..melihat kebahagiaan terpancar di wajah yang tersayang banyak memberi aku kekuatan untuk terus mencari kebahagiaan yang didambakan..semoga dikau berbahagia..jangan sia-siakan kebahagiaan yang kamu kecapi sekarang..aku akan terus berada disisimu kala susah dan senang..dengan hati yang ikhlas... :)








No comments: